BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 29, 2011

Sumber Tenaga di Malaysia

  1. Petroleum dan gas asli

a. Sumber utama negara.

b. Digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Port Dickson, Lumut dan Pasir Gudang. Stesen jana kuasa elektrik terma di Paka menggunakan gas asli sebagai bahan api.

c. Digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor.

d. Digunakan sebagai bahan mentah dalam industri petro kimia – baja kimia, racun serangga, plastik, cat dan pelarut.

2. Tenaga nuklear

a. Diperolehi dari logam uranium dan plutonium.

b. Digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik.

c. Penggunaannya terhad kerana :

  • Malaysia kekurangan uranium & plutonium.
  • Kos pengeluarannya mahal.
  • Sisa nuklear merbahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

d. Penyelidikan tentang tenaga ini dijalankan oleh PUSPATI (Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail) sebuah pusat pembangunan dan penyelidikan nuklear.

e. Masih dalam penyelidikan belum dijalankan sepenuhnya.

3. Tenaga solar (suria)

a. Diperolehi daripada sinaran matahari.

b. Berpotensi untuk dimajukan kerana Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa (banyak sinaran matahari).

c. Digunakan untuk memanaskan air di rumah.

d. Projek menjanakan tenaga suria dibina di Teluk Apan, Pualu Langkawi dan Kg. Hulu Tembeling, Pahang.

e. Telefon menggunakan tenaga suria di Pulau Aman, Pulau Pinang.

f. Rumah asap yang menggunakan tenaga suria dibina di Kg. Sg. Malau Dalam, Selama, Perak. 900 keping getah boleh diasap dalam 4 hari.

4. Tenaga Biomass

a. diperolehi daripada hampas dan tandan kelapa sawit.

b. Sisa pertanian ini boleh hasilkan biogas seperti gas metana untuk dijadikan bahan pembakar.

5. Tenaga Hidro Elektrik

a. Penggunaannya semakin berkembang - sumber yang boleh diperbaharui dan murah.

b. Malaysia mempunyai potensi yang baik kerana :

· Hujan yang banyak melebihi 2000 mm.

· Sungai mengalir deras sentiasa dipenuhi air.

· Banyak kawasan bergunung-ganang - sesuai untuk membina empangan.

c. Kebanyakan projek hidro elektrik terletak di kawasan tanah tinggi, antaranya :

· Empangan Cenderoh di Perak (Sg. Perak)

· Empangan Temenggor di Perak (Sg. Perak)

· Empangan Kenyir di Terengganu (Sg.Tganu)

· Empangan Kenering di Perak (Sg. Perak)

· Empangan Btg Padang di Perak (Sg. Btg Padang)

· Empangan Bersia di Perak (Sg. Perak)

· Empangan Tenom Pangi (Sg. Padas)

· Empangan Bakun (Sg. Pelagus)

· Empangan Pelagus (Sg. Pelagus)

· Empangan Batang Ai (Sg. Lupar)

Arang batu

a. Mempunyai potensi untuk digunakan di kilang-kilang kerana sumber tenaga belum digunakan sepenuhnya.

b. Simpanan sumber yang banyak di :

· Batu Arang, Selangor.

· Bintulu, Merit-Pila, Sarawak.

· Labuan dan Sadong di Sabah.

c. Sebagai bahan bakar untuk kilang dan loji penjanaan kuasa hidro elektrik

Latihan

  1. Senaraikan sumber-sumber tenaga yang digunakan di Malaysia
  2. Petroleum dan gas asli digunakan untuk ___________________________ dan sebagai ______________________________________.
  3. Industri petrokimia menghasilkan ________________, ____________________, _____________________ dan _______________________.
  4. Malaysia dapat menggunakan kuasa hidroelektrik dengan banyak kerana______________________________________.
  5. Tenaga biomas diperoleh daripada __________________________________.

Soalan

1. Nyatakan lima kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di negara Malaysia

a.

b.

c.

d.

e.

2. Senaraikan 3 jenis mineral di Malaysia yang diancam kepupusan akibat kegiatan ekonomi.

a.

b.

c.

3. Nyatakan 3 kegiatan ekonomi yang menyebabkan perubahan pandangan darat

a.

b.

c.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau?

5. Bagaimanakah pulau haba terjadi?

6. Senaraikan 3 jenis gas yang boleh mengakibatkan hujan asid

a.

b.

c.

Saturday, March 6, 2010

TINGKATAN 1
Bentuk Muka Bumi

Kawasan tanah tinggi Sistem gunung lipat muda
1. Banjaran gunung di Sabah dan Sarawak adalah system gunung lipat muda
2. Terbentuk 30-50 juta tahun lalu
3. Permukaan gunung kasap dan tinggi
Sistem gunung lipat tua
1. Terbentuk 240 juta tahun dulu
2. Permukaan lebih rata dan tidak begitu tinggi
Kawasan tanah pamah 1. Merupakan kawasan petempatan, system pengangkutan, pertanian dan perindustrian
Kawasan Pinggir laut Antara bentuk muka bumi pinggir laut
1. Pantai
2. Tanjung dan teluk
3. Pulau
4. Tebing tinggi
5. Pentas benua
Saliran Bentuk muka bumi
1. Jeram
2. Air terjun
3. Likuan sungai
4. Liku terpenggal
5. Tasik ladam
6. Delta